• Main
  • News

???? AKSES SMK Ayer Keroh di RTM Melaka – Top 21 Peringkat Negeri! ????

Pagi ini, pasukan AKSES SMK Ayer Keroh melangkah penuh semangat ke RTM Bandaraya Melaka untuk peringkat kedua pemilihan 21 terbaik Negeri Melaka. Diiringi oleh para guru pembimbing yang sentiasa menyokong, para pelajar tampil yakin dan bersemangat mewakili sekolah kita tercinta.

Tiga kumpulan hebat AKSES telah mempersembahkan projek inovasi mereka dengan penuh keyakinan:
????Wild Animal Attack Avoidance System
???? Bully Tracking System
????Parent Location Tracking System

Ketiga-tiga kumpulan ini bukan sahaja mempersembahkan projek – mereka mempersembahkan visi, impian dan inovasi masa depan hasil usaha gigih serta semangat kerjasama yang luar biasa.

???? Tahniah kepada semua peserta AKSES – anda telah memberikan yang terbaik dan membawa nama SMK Ayer Keroh ke tahap yang membanggakan.

Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada Ir.Gs. Ts. Dr. Nik Mohd Zarifie bin Hashim, Cikgu Zamzaidi Katimin, Cikgu Haslinawati, Cikgu Azzira dan Cikgu Maihasra atas kepercayaan dan bimbingan kepada Kumpulan Penyelidik CAVP Research Group dan Makmal NMZH.

???? All for One. One for All.
#AKSESSMKAyerKeroh #Top21Melaka #InovasiPeringkatNegeri #CAVP #CSRProgramme #NMZHLaboratory #STEMMelaka #SMKAyerKeroh #KebitaraanInovasi #AllForOneOneForAll